Siapa wanita??

Posted in love with tags , on August 28, 2008 by akulin

Lynn seorang wanita yang sudah cukup umur sekarang..haha..Jadi lynn rasa lynn perlu bagitau semua orang apa sebenarnya wanita…

  1. Wanita selalunya menangis dalam hati mereka jika mereka kecewa dengan kekasihnya. Dia tidak mahu kekasihnya mengetahui yang sebenarnya dia sedang kecewa. Jika pada waktu itu Kamu sedang dating dengan dia..Dia akan cuba buat tiada apa-apa yang berlaku.
  2. Jika wanita sedang naik angin…Jangan lah kamu cuba memarahinya lagi..Tinggalkan dia keseorangan buat sementara waktu. Dia hanya perlukan ketenangan sekejap.
  3. Wanita akan sentiasa memikirkan kekasihnya walaupun pada masa itu,mungkin dia kelauar dengan rakan-rakan mereka yang lain mahupun lelaki lain. Mungkin, mereka akan memebelikan sesuautu untuk kekasihnya.
  4. Kadang-kadang wanita memang sukakan pujian tentang dirinya, Tapi kadang-kadang tue dia cuba menafikannya kerana malu.
  5. Wanita kan meluahkan perasaan nya melalui puisi, lagu atau tulisan. Mungkin kamu boleh buat setiap bulan kamu perlu menulis surat antara satu sama lain. sebabnya dia akan terasa lain walaupun dunia sekarang sudah maju hanya perlu menghantar sms..
  6. Wanita sukakan surprise..Kalu kamu tidak percaya cuba lah kamu buat sesuatu surprise untuk nye.. kerana ia akan memberi kesan mendalam kepadanya. Kamu boleh memberi sejambak bunga atau skuntum bunga, teddy bear, atau sebagainya. Mereka tidak kidah akan harga hadiah tersebut,cukuplah sekadar kamu membuat surprise dekat dia.. Walaupun dengan hanya memberi kad ucapan.he3..cuba lah..
  7. Sekuntum bunga memberi penuh makna untuk wanita..walaupun dia cakp ” ish!! i x suka bunga la”..he3..cuba kamu bagi…Dia akan menerima dengan penuh senyuman dan muka malu-malu (iye ke?..) memang iye..
  8. Setiap pagi kamu hantarlah “Hi” Ataupun “morning” sudah memberi makna kepadanya kerana dia akan mengingatkan bahwa dia sentiasa berada dalam fikiran kamu..
  9. Luahkan perasaan kamu kepadanya..Jangan hanya mengatakan “ala..dia mesti tahu yang aku sayang kat die “.Memang dia tahu tapi mungkin satu minggu sekali,kamu boleh luahkan perasaan kamu dalam suasana yang romantis..sewaktu calling2 pun boleh jugak..Dia kan menghargai kamu. Luah kan..Jangan lah kata kamu tidak mahu menjadi seorang yang jiwang..kerana kebaikannya akan diberikan kepada kamu.
  10. Jangan menguji kesabaran wanita.memang lelaki ada ego..tapi wanita memounyai kesabaran. sekali kamu buat die maafkan,dua kali mungkin kamu terlupa..tiga kali xpelah…empat kali..biar lah..lima kali..lantak la..enam dan keats mungkin dia akan berdiam diri..Jangan buat kekasih kamu menderita..

Ok?? cukup2 lah..kalau lynn bagitau semua, tiada lah rahsia dalam diri wanita…

Rasa Apa ek??

Posted in Sembang-sembang with tags on August 28, 2008 by akulin

28 ogos nie, sempena hari lahir lynn, lynn nak tanya korang serba sedikit…Perkara yang lynn nak tanya nie tiada kena mengena dengan yang hidup dengan yang mati..he3…Apakah perasaan Korang bile BF/GF korag lupa yang hari tue adalah hari jadi anda?? Apakah yang dilakukan..Cuba..lynn nak tahu semua orang punya pendapat!! leave your comment k?

Pengalaman Malam 20-an Lynn..

Posted in Mylife with tags on August 28, 2008 by akulin

 

 

Haha..Hari ini lynn nak ceritakan serba sedikit tentang kisah hidup lynn.. Just untuk perkongsian ramai..Kalu kengkawan pandai..cuba la teka di mana kah lynn berada?? ha3.. Lynn berada di mana di sebuah tempat shopping complex..di Johor Baru.. iaitu Jusco Tebrau..

Untuk pengetahuan semua lynn pergi shopping nie sempena kelahiran (iye ke??).Tak de lah..lynn saje je jalan -jalan dengan rakan lynn iaitu anis dan shiro..he3..Kat bwah ini gambar dioarang:

 

Mereka berdua ini memang suka bergambar. he3..jgn marah shiro…anis..sorry!! tapi betul apa?? ha3.. Ok..Mula-mula dalam perjalanan ke sini, kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..ha3( poyo!! macam dj lak) Lebih kurang setengah jam jugak la..Sampai tebrau lebih kurang pukul 3.30 petang.. Tiba di sana Kami jalan-jalan dari satu kedai ke kedai..Dari kedai kasut ke kedai baju..ke kedai beg..ke kedai buku hinggakan ke kedai cermin mata pun kami singgah walaupun tidak ada sorang pun nak beli spec..walaupun lynn memerlukannye..he3..

Tiba-tiba perut ini berbunyi…Kriak..Kriok..ha3..kitaorang pun cari la tempat makan..Tetapi apa kan daya kami sebenarnya sudah makan tengah hari..Jadi kami hanya ambil keputusan untuk memakan aiskrim Mcd..Cari punya cari rupa-rupanya jj Tebrau tidak ada mcd pun..ha3..ini semua salah shero..ish!! ha3..

Jadi tiba-tiba kami ternampak satu kedai tue…iaitu kedai tizied..apa lagi? terus melulu ke sana lah..ha3..terus anis dan shero mencari baju..Tiba-tiba aku ternampak satu baju tue..cantik..kain die pun best..Ermm..tapi apa kan daya lynn memerlukan duit untuk sesuatu perkara..ha3..so cancel..Shero pun mengambil kesempatan..ha3..membeli baju itu..jeles giler aku!! Melepas aku!!

 

lepas selesai sudah kami membeli barang..Kami pun beredar dari kedai tersebut..Membe lynn berdua ini sudah memboyot membawa barang.tapi lynn?? apa kejadah nya..ha3.. Tapi lynn ternampak satu kedai.. Yang sungguh tersergam indah… apakah dia??

Lyn terus terjah la barang-branag yanga ada dalam ini..Walaupun lynn rasa masa tue lynn tidak mahu membeli barang pun..Kerana ingin berjimat.. (iye ke aku nie??).. Jadi lynn pun usha2…Wow sungguh menakjubkan harga nya lebih murah sedikit daripada selalu.. erm..Macam berminat jek..Perfumenye pun dah la best.he3..apa lagi…terus la.. Cuba tengok suasana masa lynn beli tue..he3

 

 

 

 

 

Satu persatu lynn pilihan bau yang ada..akhir sekali lynn pilih 2 saje iaitu baunye ala-ala coklat (yang selama ini lynn idamkan) dan juga bauan ..ermm..lynn kurang pasti lak..he3..saje nak tunjuk korang semua gambarnya..

 

 

 

Wah!! best giler bau die…Korang boleh la try…Ha !! x lupa untuk my hubby jugak…

Tiba-tiba lynn rasa macam set hantaran lak..Apa-apa pun…Perfuma ini memang lynn suka sangat-sangat.Setelah sudah shopping, Kitaorang pun berangkat pulang.. Tiba-tiba kereta tak boleh nak start..Pergh!! Bateri kong!! sengal giler…Tolak la ramai-ramai..walaubagaimana pun enjin tidak boleh hidup jugak.. Sedih, panik semua ada…Berapa minit kitaorang kat situ?? Kitaorang pun tak berapa ingat…Tiba-tiba ada seorang mamat nie tolong..Entah macam mana dia buat..repair sana..repair sini.. Lynn pun tak tahu..yang tahu bawak kereta jek..Tapi sayang, lynn lupa nak rakam saat-saat kecemasan tue..kalu dapat dirakam..Mesti lagi best sebab dapat tengok reaksi muka masing-masing..Mesti Hodoh Giler..

Dalam perjalanan balik, kitaorang pun singgah ke Mcd..walaupun dalam perasaan takut enjin tak boleh nak start lagi..Nak mintak tolong sape lagi kan?? Mamat tadi tue dah tak de..Dari ikut kata-kata mamat tue… ” ala..tak pe pun kalau korangberhenti, korang perempuan,confirm ada lelaki yang tolong” Cis!! x guna betul!! tapi sebab dia dah tolong lynn, Lynn respect kat dia..Macho dan gentleman sungguh… Tapi tak de lah sampai terpikat..he3… Ingat kata-kata mamat tue,kitaorang terus lepak Mcd jap..Mula-mula ingat nak drive-thru jek..Tapi alang-alang dah penant,…lepak terus…

Muka puas hati jek masa nie…sekrang Jom kita order MCd..Nyam2!!

 

After makan dan sembang-sembang kembali kisah silam tadi..memang mensyahdukan.haha…Tapi lynn cuma terkilan tak dapat nak rakam detik-detik cema masa tue..Apa-apa pun alhamdulillah..ada orang tolong..Dan yang paling penting.Kami bertiga mendakan kesejahteraan mamat tue…Moga dia panjang umur..ha3.. Moral of the story bagi perempuan-perempuan yang bawak kereta tue, janganlah kosongkan fikiran kamu pasal kereta nie..ish!! kalu tidak.jadi pape ita jugak yang susah…so..berhati-hati!!