Ya atu Tidak??
Pasti semua sudah kenalkan wanita cantik dalam gambar diatas…Sudah tentu Bekas ratu cantik..iatu ERRA FAZIRA..Macam-macam verita yang telah kita dengar..dari bercinta..ke putus…dari kahwin sampai cerai dan kahwin lagi sekali..Itu mungkin sudah lumrah kehidupan seorang artis manusia…
Lynn rasa banyak jugak cabaran yang dihadapi oleh erra..banyak teguran sindiran dan segala-galanya..Lynn dengar cerita yang erra gugur yek?? Mmm….lynn pun tidak tahu perkara yang sebenar tapi lynn dengar cerita dari sumber-sumber..tapi lynn kurang pasti la..Sorry Erra!! lynn hanya inginkan kepastian…Mungkin betul atau tidak..Korang ada dengar pape tidak? Kalau perkara tersebut benar…lynn turut simpati kepada erra fazira dan teruskan semnagat yek…
August 25, 2008 at 4:01 am
Betul la tu Lynn Erra Keguguran bulan Mac hari tu.Engku Emran (suaminya) mengesahkan..Kesian kan…..orang yang nak anak, macam – macam dugaan dihadapi…(kalau x keguguran, mungkin sekarang Erra tengah sarat mengandung kan? hehehe) Mesti cute kan baby Erra ni . Xpelah….UJIAN ITU MENGUJI IMAN…..USAHA LAGI:-)
Emran kecewa Erra keguguran
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Engku Emran bersama isterinya, Erra Fazira.
——————————————————————————–
SEBELUM ini, pernah ada ura-ura yang mengatakan bahawa ratu filem kesayangan ramai, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira telah hamil dua bulan.
Malah, tidak kurang juga ada pihak yang mendakwa bahawa kandungan sulung Erra itu telah mengalami keguguran.
Demi memastikan kesahihan dakwaan tersebut dan untuk meredakan pertanyaan dari banyak pihak, wakil media mendapatkan penjelasan daripada suaminya yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin di pejabatnya, baru-baru ini.
“Benar, Erra pernah keguguran. Tapi dakwaan yang dia mengandung dua bulan itu tidak betul”.
Demikian pengakuan Engku Emran sebaik sahaja diajukan soalan tersebut oleh wakil media.
Berusaha menyembunyikan kesedihannya, kata Engku Emran: “Kami gembira sangat bila dapat tahu Erra mengandung. Sampai tiga kali Erra buat ujian dan hasilnya memang positif”.
“Erra baru mengandung dua minggu ketika itu. Malangnya kandungan tersebut keguguran kerana kami membuat refleksologi kaki,” tenang nada Engku Emran menjelaskan peristiwa sedih itu.
Menurut Engku Emran, peristiwa sedih itu berlaku sekitar bulan Mac lalu iaitu pada malam ketika berlangsungnya majlis glamor anjuran sebuah akhbar tempatan.
Siapalah yang tidak sedih apabila zuriat hasil perkongsian cinta yang dinanti-nantikan sejak mendirikan rumah tangga tidak dapat ditimang.
“Memang rasa kecewa sangat. Sebab selama ini memang kami sentiasa menanti. Bagaimanapun, kami tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha mendapatkan anak.
“Insya-Allah, kalau boleh dalam tahun ini juga kami merancang untuk mendapatkan anak. Kepada para peminat Erra sendiri tolonglah doakan agar kami segera mendapat zuriat,” luah Engku Emran lagi tanpa berselindung.
Demi mendapatkan kepastian tentang keguguran yang dialami isterinya itu, kata Engku Emran, dia dan Erra pernah mendapatkan khidmat doktor pakar.
“Kata doktor pakar itu, refleksologi mungkin tidak sesuai dilakukan ke atas wanita yang baru hamil. Sebab di tapak kaki terdapat banyak urat.
“Kandungan Erra masa itu baru saja dua minggu. Jadi, mungkin ada urat yang tersilap ketika refleksologi, sebab itulah Erra mengalami keguguran,” katanya.
August 25, 2008 at 2:07 pm
wa…lynn xdapat la bc artikel nie..
thanks la nur..he3..
kesian kat erra kan???
xpe2 sama2 kita doakan..
thanks for ur comment