Perfume..Oh..perfume…

Posted in Mylife with tags , , on August 16, 2008 by akulin

“Perfume..oh…perfume…” mm..lebih kurang 2 minggu lynn mengidam perfume nie..Lynn akan belijugak…tak kira..tungu bulan depan..hua3…

 

Kalau korang nak tahu..perfume nie bau macam coklat la..tapi rasa die memang sedap..Memang sedap..Mengikut kepada kata pakar “Body shop” tue…Die mengatakan perfume nie kalu kita campurkan dengan beberapa campuran yang dia tunjuk tadi…akan jadi lagi best…Bila lynn try..peh!! memang tidak dapat dinafikan..memang best..

 

Ha!!! sape nak beli perfume atau berangan-angan nak tukar perfuma tue…apa lagi..Pergi lah ke ke BODY SHOP yang berhampiran dengan anda…he3…best2…try la…

 

Harga mengikut pasaran (Hari ini-1 September 2008).Beli: 

 

1-RM 43

 

2-RM 75

 

3-RM110

 

Jadi fikir-fikirkan la yang mana satu penjimatan..he3

6 Jenis lelaki..

Posted in love with tags on August 16, 2008 by akulin

Lynn ada baca satu artikel ini..Artikel yang amat menarik bagi lynn…jadi lynn nak kongsi idea dengan korang…Artikel tersebut berkisahkan tentang Jenis-jenis lelaki. Menarik kan???

 

Jenis-jenis lelaki tersebut:

 

- Bila Sibuk

 

        – Apabila kekasih anda sedang sibuk bekerja atau apa-apa pun, jangan lah cuba-cuba untuk meminta dijemput di tempat kerja tau shopping complex. Kalau kamu cuba jugak..Fuh!! lynn pun tak tahu apa yang akan terjadi pada kamu..Janganlah buat..kesian kat lelaki..he3

 

- Bila Romantik

 

        -Apabila masa tersebut.kamu rasa pasangan kamu disuasana yang romantik, ajaklah mereka bersiar-siar di taman atau di mana-mana sahaja bagi.Selain itu.kamu juga boleh mengimbas kembali kenangan sewaktu kamu berjumpa dengannya..mesti bahagia…Si dia pun makin bertambah sayang kepadamu. Cuba lah..Lynn dah try..he3..menjadi rasannya..

 

- Bile Panas Baran

 

         -Jangan kamu berani membuat sesuatu perkara yang mereka tidak suka..Jika tidak makin menyemarak lah perasaanya kepada kamu.

 

-Bile Penat

 

        – Setiap pasangan pasti sudah tahu waktu kekasih kamu penat bukan?? Jadi janganlah kamu memenatkan lagi mereka. Ha! Jangan lah cuba mengadu atau merenget untuk mendapatkan sesuatu.Pasti kamu akan dimarahi semula..Jadi jika ingin meminta sesuatu minta pada waktu yang sesuai.

 

- Bile Si dia mementingkan diri

 

         – Cuba terus terang dengan pasangan masing-masing tentang apa yang kamu tidak puas hati. Kamu berdua sepaptutnya bersikap terbuka antara satu sama lain. Kamu juga boleh meminta untuk pendapat kamu diimbangi olehnya.

 

-Bile si dia Curang

 

         – Apabila kamu merasakan si dia main kayu tiga di belakang kamu, jangan lah kamu menuduh terus tanpa usl periksa. Sekurang-kurangnya kamu perlu memeriksa sebelum menuduh. Mungkin kamu boleh bertnya kepadanya secara baik dan tulus agar mereka tidak merasakan diri mereka dikongkong..( ingat!! lelaki tidak suka dikongkong)

 

sumber: Buku adi alhadi

Dunia lelaki berbeza…

Posted in love with tags , on August 16, 2008 by akulin

Lelaki seorang insan yang amat kompleks..Susah untuk seseorang wanita menjangka perangai mereka.Kadang-kadang mereka happy, kadang-kadang mereka marah..Apa yang sebenarnya mereka mahukan daripada wanita dan apakah wanita mahukan daripada diri lelaki. Untuk mengetahui semua itu,kita sebagai seorang pasangan kekasih perlu memahami antara satu dengan yang lain.Tapi hari ini lynn nak berkongsi tentang dengan wanita..siapa sebenarnya lelaki.

  1. Perjalanan hidup lelaki adalah mudah dan ringkas. Mereka tidak mahukan kehidupan yang kompleks. Contohnya dalam alam percintaan, mereka akan lebih gemar berterus terang daripada berkias-kias. Berbeza dengan seorang perempuan, mereka lebih gemar berkias untuk meluahkan perasaan. Jadi perempuan perlulah faham jika kekasih anda tidak faham akan kiasan kamu.

 

  1. Lelaki lebih suka membisu. Membisu di sini bukan lah bermakna tidak bercakap seumur hidup.Tetapi bisu disini bermaksud tidak mahu memberi sebarang komen. mereka tidak mahu menimbulkan pelbagai kekecohan. mungkin tidak semua lelaki seperti ini tetapi kebanyakan lelaki seperti ini..he3… contohnya, sewaktu kamu shopping bersamanya, apabila perempuan menanyakan pendapat, mereka lebih gemar mengatakan “mm..ok la..” itu la ayat yang selalu kita dengar..

 

 

  1. Perempuan janganlah memaksa lelaki. Lelaki paling pantang jika dipaksa. Jadi iNgat!! jgn paksa mereka.Contohnya, Apabila kamu tidak suka akan sesetengah perangainya, jadi kamu pun memaksa supaya tidak berperangai seperti itu, maka alamatnya mereka akan mengamuk atau mungkin akan marah dengan cara berdiam diri. (lynn pernah kena nie..so..berhati-hati)

 

  1. Lelaki lebih pentingkan kejujuran daripada pasangannya. Mereka tidak suka kekasihnya berbohong.Mereka akan merasakan diri mereka tidak penting dalam hidup kekasihnya malah terasa diabai.Jadi kamu perlulah memberitahu segala apa yng berlaku bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku…Pada lynn bagitahu lah mereka walaupun berita yang kita sampaikan itu akan melukakan hati mereka..he3

 

 

  1. Lelaki tidak suka dikritik dan dibandingkan.Tambahan kamu memandingkan dengan lelaki yang lain. Contohnya kamu memuji lelaki lain lebih hensem atau macho darinya..Mungkin mereka akan marah dan rasa diri mereka itu buruk..he3..jadi kamu perlulah ambil hati mereka kerana mereka adalah orang yang kita sayang kan?? tepuk dada tanya selera..

 

  1. Seperti yang kita tahu tulang belakang lelaki adalah perempuan . Jadi mereka memerlukan sokongan daripada seorang perempuan walau pada luaranya mereka ego tidak mengakuinya.Jadi sebagai kekasih sejati..sokong la pasanganmu bagi memberi perangsang kepada mereka… :)