Lelaki seorang insan yang amat kompleks..Susah untuk seseorang wanita menjangka perangai mereka.Kadang-kadang mereka happy, kadang-kadang mereka marah..Apa yang sebenarnya mereka mahukan daripada wanita dan apakah wanita mahukan daripada diri lelaki. Untuk mengetahui semua itu,kita sebagai seorang pasangan kekasih perlu memahami antara satu dengan yang lain.Tapi hari ini lynn nak berkongsi tentang dengan wanita..siapa sebenarnya lelaki.
- Perjalanan hidup lelaki adalah mudah dan ringkas. Mereka tidak mahukan kehidupan yang kompleks. Contohnya dalam alam percintaan, mereka akan lebih gemar berterus terang daripada berkias-kias. Berbeza dengan seorang perempuan, mereka lebih gemar berkias untuk meluahkan perasaan. Jadi perempuan perlulah faham jika kekasih anda tidak faham akan kiasan kamu.
- Lelaki lebih suka membisu. Membisu di sini bukan lah bermakna tidak bercakap seumur hidup.Tetapi bisu disini bermaksud tidak mahu memberi sebarang komen. mereka tidak mahu menimbulkan pelbagai kekecohan. mungkin tidak semua lelaki seperti ini tetapi kebanyakan lelaki seperti ini..he3… contohnya, sewaktu kamu shopping bersamanya, apabila perempuan menanyakan pendapat, mereka lebih gemar mengatakan “mm..ok la..” itu la ayat yang selalu kita dengar..
- Perempuan janganlah memaksa lelaki. Lelaki paling pantang jika dipaksa. Jadi iNgat!! jgn paksa mereka.Contohnya, Apabila kamu tidak suka akan sesetengah perangainya, jadi kamu pun memaksa supaya tidak berperangai seperti itu, maka alamatnya mereka akan mengamuk atau mungkin akan marah dengan cara berdiam diri. (lynn pernah kena nie..so..berhati-hati)
- Lelaki lebih pentingkan kejujuran daripada pasangannya. Mereka tidak suka kekasihnya berbohong.Mereka akan merasakan diri mereka tidak penting dalam hidup kekasihnya malah terasa diabai.Jadi kamu perlulah memberitahu segala apa yng berlaku bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku…Pada lynn bagitahu lah mereka walaupun berita yang kita sampaikan itu akan melukakan hati mereka..he3
- Lelaki tidak suka dikritik dan dibandingkan.Tambahan kamu memandingkan dengan lelaki yang lain. Contohnya kamu memuji lelaki lain lebih hensem atau macho darinya..Mungkin mereka akan marah dan rasa diri mereka itu buruk..he3..jadi kamu perlulah ambil hati mereka kerana mereka adalah orang yang kita sayang kan?? tepuk dada tanya selera..
- Seperti yang kita tahu tulang belakang lelaki adalah perempuan . Jadi mereka memerlukan sokongan daripada seorang perempuan walau pada luaranya mereka ego tidak mengakuinya.Jadi sebagai kekasih sejati..sokong la pasanganmu bagi memberi perangsang kepada mereka…