Archive for perempuan

Auratku…

Posted in tazkirah with tags , , on August 16, 2008 by akulin

Hari ini lynn nak berkongsi artikel pasal aurat la..Khas untuk kakak dan adik-adik kita yang manis-manis dan cantik-cantik kat luar tue..he3..Artikel ini adalah untuk sebagai tanda peringatan dan nasihat kepada kawan-kawan dan juga diri lynn.. Lynn baca artikel ini, lynn terus tertarik walaupun lynn sedar lynn banyak melakaukan kesilapan.

Jadi korang boleh la baca yek….

Pada pendapat lynn…ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai,. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.  (Cewah!! He3..(^_^)}Islam ada mengggariskan beberapa  panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

 

1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Jadi…macam mana kekawan? He3…

 2. Tidak menampakkan tubuh

Wanita khusunya tidak digalakkan memakai PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak

Lynn rasa riak nie bermaksud seseorang itu memakai pakaian yang cantik dan mahal..Selepas itu dia bangaa dengan pakaian yang mahal tersebut. Tambahan pula, pakaian yanag mahal itu adalah pakaian yang tidak menutup aurat..

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Ingat tue kawan…Kekadang tue lynn jumpa macam tue la..kekadang sampai dah tak kenala yang mana satu perempuan dengan lelaki.jadi elakkan la ek?

6. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada.

7. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:

“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

Ingat tue kaum wanita yang suka bershopping tue..he3 (^_^)..

SUMBER:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).